Khamis, 6 Ogos 2009

PETIKAN CERITA

PETIKAN DARI CERITA BSB:KINI BERWAJAH BARU:
Sudah menjadi tradisi,Sekolah Sri Bangsar mempunyai
team sidang redaksinya yang tersendiri.

Tahun ini, ketua pengarangnya adalah Wilma! Wilma sangat tidak sabar
menaiki takhta. Memagang jawatan Ketua Pengarang yang disegani.Oh,
tentu glamor!

Namun tanpa diduga, satu peubahan besar berlaku. Pelajar tingkatan lima tidak
dibenarkan menghasilkan buletin. Tugasan itu diserahkan kepada tingkatan empat
keran pelajar tingkatan lima perlu fokus kepada SPM. Itu yang lebih utama!

Wilma bengang sungguh! Sepatutnya dia ada kuasa penuh mentadbir sidang redaksi!
mengapa kuasanya perlu dibahagi-bahagi?

Apabila guru penasihat bertanyakan kepada Wilma, siapakah calon yang paling
sesuai mengetuai buletin... Wilma terus menunjuk ke arah Betty!

Betty yang pemalu macam kucing. Betty yang tidak tahu memimpin.

Wilma sangat yakin, Betty tidak mampu menyiapkan buletin.Wilma berani kerat
jari, Betty akan gagal.Tentu penerbitan buletin akan diserahkan semula kepadanya. Wilma akan kembali memegang takhta Ketua Pengarang yang berkuasa.

Lalu Wilma mula mengatur strategi jahat mensabotaj Betty. Dapatkah Betty bertahan? Ketahui segalanya dalam novel ke-sepuluh Ain Maisarah, Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru.


1 ulasan: